Seoles Tinta Sejalur Tona

By: hueoflife

May 26 2011

Tags: ,

Category: Introduction, Plants & Flower

Leave a comment

Aperture:f/5
Focal Length:52mm
Shutter:1/25 sec

Hue Of Life – Dalam bahasa ibunda ku bunyinya “Tona Kehidupan”. Apa yang menarik sangat dengan tona kehidupan ni?

Hari-hari aku dok baca blog.. Macam-macam jenis blog. Blog Mat Saleh, Blog Mat Kurang Saleh, Blog Kesihatan, Blog Politik… Haaa.. Blog Politik ni dah jadi macam daun ketum. Pagi-pagi bukak laptop, layan dulu dalam setengah jam.. Sebelum tutup laptop, layan lagi dalam sejam… Bukan nak jadi orang politik. Tak larat pun nak layan politik. Cuma situasi politik sekarang ni dah bagi tona yang berbeza dalam kehidupan kita seharian sekarang ni. Aaahhh…. Aku pun dah cakap macam orang politik.

Secara tiba-tiba… teringin pulak nak ber’blog’. Tapi aku mengaku.. aku ada masalah paling besar dalam hal blogging ni. CAM MANA NAK BUAT BLOG NIH?!!!!…. Setakat nak pakai Word, Power Point, Excel tu tau la aku. Nak buat blog…. wei macam “rocket science” je aku rasa. Anak aku, anak buah aku, kakak-kakak dan abang-abang aku (yang lahir 50 years B.C. – Before Computers) semua dok cerita pasal facebook. Aku facebook pun tarak. Jadi sesiapa yang rasa nak ‘add’ aku kat facebook tu, lupakanlah niat korang. Nak ‘facemirror’ ada la… Tunggulah bila aku dah habis mengaji pasal facebook… Balik pada masalah ‘rocket science’ ni… akhirnya aku tau nak mintak tolong kat siapa. Benda-benda sains ni aku kena tanya Engineer la.. Nasib aku baik ada engineer buah hati pengarang jantung aku yang tau selok belok nak buat roket ni walaupun dia dulu grad buat Civil Engineering…. Ok la tu… janji roket aku boleh terbang walaupun aku tak pasti ke planet mana sampainya nanti.

Bila aku bagitau kat Buah Hati Pengarang Jantung niat aku tu, dia tanya aku satu soalan SPM Kertas 2… “U nak blog pasal apa?…” Aku senyap… “Apa nama blog U nak letak?….” Senyap lagi… Wei… apesal takde sape bagi tips pasal soalan ni.. Kalau tak boleh gak bawak toyol nak jawab. Hujung-hujung aku cakap…. NTAH… Aku tak reti sangat nak mengarut dalam blog ni. Tapi yang pasti, aku nak koleksikan semua keindahan yang aku saksikan dalam buana ini dan yang dah aku cantingkan melalui lensa kamera aku untuk dikongsi oleh semua yang cintakan keindahan tona kehidupan di alam buana ini.

Maka hari ini, bermulalah blog aku ini.. Hue of Life. Berbalik kepada persoalan perenggan pertama tadi,…. Melalui tona kita boleh menjiwai kehidupan, melalui tona kita dapat merasai kehidupan, melalui tona kita kenal erti kegembiraan, kedukaan, kemarahan, kesenangan, kepahitan, kewarasan, kekejaman….. Tidak seperti warna yang sekadar mencoretkan susuk kehidupan,.. TONA adalah roh kepada kehidupan…

Bunga Kertas

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: